Assalammualaikum dan hai semua.. Di sini akak nak bagitau adik-adik tentang inasis & cafe yang wujud di UUM ni.. Ada 15 inapan siswa (inasis) semuanya.. dan korang akan tinggal dalam 1 bilik 2 orang.. It's not a homelike.. Roommate pun dah ditetapkan siap-siap..
# Sebelum tu akak nak share sikit untuk persediaan korang masuk sini..
Antara barang yang boleh, perlu, dan kalau nak bawa ialah iron, iron board, water heater, tikar, cadar (dah ada tapi lagi best kalau pakai sendiri punya hehe. mcm tu juga bantal), extension plug, selimut, alat mandi, dll.. Alat memasak tak boleh.. Kalau tak nak bawa semua barang tu dari rumah pun takpe.. korang boleh beli kat varsity mall UUM..
Pakaian untuk orientasi bawa kasut bertutup, pakaian sukan, seluar slack, baju melayu, baju kurung, tudung hitam & apa-apa lah yang patut.
Pakaian ke kelas pula asalkan kemas, sopan & tak seksi. Kasut pakai yang bertutup.. Warna baju & kasut tak kisah.. Lelaki wajib pakai tie dan tuck in baju kemeja.. Rambut tak boleh dye colour yg striking.. dan laptop perlu ada untuk memudahkan buat assignment.. For medical check up, tak perlu buat awal-awal sebab nanti korang buat di pusat kesihatan UUM.. Rasanya itu ja yang akak ingat nak share.. Yang terlupa tu maafkan..
# Ni antara inasis yang terdapat di UUM..
- tradewind (student master - mostly foreigner)
- proton
- tnb (asasi will be here)
- mas (all girl)
- maybank (mostly married student)
Laluan B
- tm
- bsn
- misc
- petronas
- sime darby
- grantt (dulu eon)
Laluan C (mostly student palapes & suksis)
- yab
- muamalat (all girl)
Laluan D (bukit kachi / luar uum)
- bank rakyat
- sme bank
Bas akan lalu mengikut laluan yg telah ditetapkan: bas A, bas AB, bas C, bas D, bas Maybank dan bas SOIS / E. Waktu student degree cuti bas takde.. Bas Changlun pergi-balik RM5.
Inasis korang - Tenaga Nasional Berhad
credit to goonman.blogspot.my
credit to alborzraya.com
credit to aunisalehan.blogspot.my
Decorating our own room #2015
Senarai cafe yang ada di UUM
- cafe kita
- cafe merah
- cafe dkg 6
- cafe colgis / cengkih
- cafe lego / hijau kuning
- cafe lingua / puaka / hantu
- cafe pusat islam
- cafe alumni junction
- cafe setiap inasis
- food court dkg 4
- food court vmall
Cafe Kita
Red Cafe
Richiamo Coffee
Manager's Coffee
Kalau xnak bawak lappy, other facility untuk do assigment?
ReplyDeleteUtk awal² ni takpe lagi.. Tapi laptop mmg sgt diperlukan utk memudahkn kita buat kerja @ assignment
DeleteKalau utk blk raya/balik cuti sem, bas tu hantar pergi terminal bas ke? Biasanya, waktu akak belajar dulu,last day kls sblm cuti,waktu tamat kls mcm biasa atau awal sikit?
ReplyDeleteKalau nak g terminal bas, kena g sendiri.. Bole naik kreta sapu (like grab car).. Last kelas pula, waktu kelas sama je mcm biasa
DeleteAlright.. tq
Delete15 tahun dah tinggalkan UUM after konvo tahun 2003... nama kolej kediaman pun dah banyak yang bertukar...insya allah awal bulan 4 akan menjejakkan kaki semula ke UUM utk lawatan kerja ke Pusat Teknologi Maklumat UUM..
ReplyDeletewelcome back to uum senior :D
DeleteYang awak letak gambat bilik tu proton punya ker?
ReplyDeleteKalau dah masuk sem baru, agak2 diorang tukar tak inasis ke bilik ke?
ReplyDeleteselalunya biliklah yang akan bertukar tapi bergantung pada keadaan (kalau rumet dah final semester atau rumet minta tukar bilik) ada yang still bilik sama dan ada yang ditukarkan, tukar inasis jarang kecuali awak yang mintak ditukarkan atau awak suksis/palapes memang sem 2 akan ditukarkan ke YAB ( Laluan C ).
DeleteNormally new student will stay in which hostel ?
ReplyDeleteinasis tnb yang mana sekarang nama ditukar kepada inasis Malten. student asasi tak tukar inasis/bilik bila masuk sem baru (sem2,3). tapi bole mohon tukar bilik sekiranya kita tak serasi dengan current roomate
Delete