Friday, January 1, 2016

Asasi Pengurusan UUM

Pernah dengar tak nama program ni - Program Asasi Pengurusan UUM (PAPUUM). Kalau tak pernah tak hairan lah. Siapa-siapa yang nak tahu tu & tengah dalam dilema nak masuk ke tak asasi ni,, ini lah tempatnya. InshaAllah lepas baca entri ni boleh la korang buat keputusan dengan lebih baik, tepat dan jitu. (~˘▾˘)~

PAPUUM merupakan program praijazah yang telah diluluskan oleh KPM sejak tahun 2014 lagi. Masih baru kan. Thats why no wonder la you all tak pernah dengar. Dan oleh sebab masih baru, pengambilan studentnya tak ramai. Namun akan meningkat dari tahun ke tahun. Pembelajaran start bulan Mei/Jun dan habis pada bulan April/Mei tahun hadapannya. Syarat-syarat nak masuk pula sudah semestinya perlu ada kelayakan SPM. Paling kurang (berdasarkan buku PAPUUM) gred B+ untuk subjek BI, serta 5 gred A- dalam subjek BM dan 4 subjek lain. Asasi ini dibuka untuk pelajar tempatan dan juga luar negara.

Selepas permohonan korang diterima, akan ada sesi temuduga dijalankan. Sebelum ini, dua tempat interview sahaja dibuka. Satu di main campus UUM, satu lagi di UUM Kuala Lumpur. Bagi student Sabah Sarawak yang rasa tak berbaloi g jauh-jauh semata-mata nak interview yang belum pasti dapat ke tak tu, takyah risau dik. Confirm korang diconsiderkan sebab jauh. Based on pengalaman student SS batch kedua, interview dijalankan melalui phone call selepas hari interview dijalankan. Tak pasti batch selepas ni macam mana.

You will have 3 semester in a year and gonna learn these subjects. *ada subjek yang sudah berubah*
First Semester;
-          The Basic Principle of Islam
-          Introduction to Nation Building
-          English for Basic Conversation
-          Introduction to ICT
-          Financial Accounting
-          Introduction to Business
-          Fundamental of Mathematics 1

Second Semester;
-          Basic Economics
-          Introduction to Law
-          Introduction to Philosophy
-          Management Accounting
-          English for Professional Conversation
-          Introduction to Computer Application
-          Fundamental of Mathematics 2

Third Semester;
-          Critical Thinking
-          Philosophy of Knowledge
-          English Advanced Learners
-          Community Development 1

Untuk makluman, semua subjek ni dalam Bahasa Inggeris. Jadi mantap-mantapkanlah BI awak semua tu sebelum masuk sini ye. Class berjalan setiap hari kecuali jumaat dan sabtu (cuti umum negeri Kedah). Di bawah ni antara kursus-kursus degree yg korang boleh ambil selepas tamat asasi.



One course added which is Sarjana Muda Pengurusan Acara (Event Management) dengan Kepujian. Ada tak course yang korang minat dalam list tu? Kalau ada yang berkenan, sangat-sangatlah digalakkan untuk apply asasi UUM ni. Jadikan first choice kalau betul-betul minat. Keistimewaan jadi pelajar asasi UUM? Tak perlu isi UPU lagi untuk sambung degree. Bukan macam student STPM dengan Matrikulasi. Rasanya semua asasi macam tu kan. Tapi nak ingatkan, PMK (Purata Markah Keseluruhan) selama tiga semester kena lah above 3.00 ya adik-adik barulah course yang kita suka tu dapat je dengan petik jari. ƪ(˘⌣˘)ʃ

Cakap pasal pembiayaan pula... Sepanjang 3 semester korang belajar di sini, takyah risau pasal yuran. Sebab korang akan diberi elaun setiap sem dan hanya perlu keluarkan duit untuk pendaftaran sahaja. Yuran-yuran lain akan dipotong siap-siap daripada elaun tersebut. So, no worries. Tapi dalam term baru, ibu bapa yang berpendapatan RM10,000 ke atas sebulan, pelajar tidak akan diberi elaun. Dan satu lagi, selepas tamat asasi, korang kena sambung degree dekat UUM sahaja. Sebab macam yang akak cakap dekat atas, korang x perlu apply melalui UPU lagi. Terus apply course degree yang UUM tawarkan.


Akak rasa setakat ni tu ja. Kalau ada banyak benda lagi tak terjawab dan nak tanya sesuatu, boleh letak nombor Whatsapp dalam ruangan komen di bawah ni atau email terus kepada gadis.comelloteh22@gmail.com okayyyy

Directly contact Pusat Asasi..
Messenger: FB Pusat Asasi Pengurusan
Email: asasi@uum.edu.my
Office: 04-9283456 / 04-9283457

Tips Interview : Click Here

Harap entry ini membantu ;) Thank you~ *Please ignore my bahasa rojak ☞ ☜

♥ALUMNI ASASI UUM 15/16