Saturday, September 30, 2017

Facilities & Services in UUM

- Library





- U-Assist



- Pusat sukan






- Pusat kesihatan


- Lounge setiap inasis
- Hal Ehwal Akademik (HEA)
- Student Accommodation Centre (SAC)
- Anjung tamu (ada atm bank rakyat & maybank)



- Mesin basuh di setiap blok (pay RM2)
- Kereta sewa & kereta sapu (by student, pakcik-pakcik & syarikat luar)

- Varsity mall
  > kaunter cawangan bank islam & bsn, atm cimb, poslaju, travel agency, v-mart, kedai kek, kedai coklat, kedai hadiah, kedai baju (riffaa/butik/etc), kedai kasut, kedai tudung, kedai printing (print/fotostat/gambar passport/etc), kedai alat tulis, kedai komputer (printer/etc), kedai repair laptop, food court (so many kind of foods here), dobi, richiamo coffee, pizza hut, kedai runcit 24 jam, saloon, kedai spek, kedai alat kecantikan, kedai gadjet, kedai merchandise uum.












Wednesday, May 24, 2017

Apa yang menarik di UUM

Sekarang akak nak cerita pasal UUM pula. Benda yang paling akak suka kat sini nak tau apa? (─‿‿─)

First, akak suka part wifi first. hehe.. yang ni semua orang confirm suka. Wifi kat sini dah lah laju, unlimited pula tu. Amboiii~ Tak pasal-pasal niat korang study UUM lari sebab nak wifi ja. Hehe.. Bukan apa, senang nak contact dengan family kalau takdak topup & jimat duit beli data kan. Itulah alasan yg sebenarnya (padahal contact boyfriend je hari-hari. Family seminggu sekali. opss)

Reason kedua pula, suka dengan facilities UUM. Boleh dikatakan lengkap dari segi kemudahan persendirian, awam sampailah ke kemudahan di pusat sukan, pusat kesihatan, dan pusat budaya dan seni (PBS). Terbaaaekkkk baq hang! Mall pun dah upgrade. Korang tak payah pergi Changlun lagi untuk beli barang sebab mall dalam UUM ni pun dah hampir lengkap.

Reason ketiga, sebagai student asasi UUM,, segala peraturan adalah mengikut peraturan student degree.. Pakaian tak spesifik, boleh keluar bila-bila masa (tak perlu minta izin warden or pengetua or pakcik gate) asalkan balik sebelum pukul 12 malam, boleh balik rumah hujung minggu, outing bila-bila masa, boleh sewa kereta untuk outing, dan macam-macam lagi..

# What else yang menarik? Inilah antaranya.. Ada masa free nanti akak letak gambar ye..

- makanan murah
- wifi (laju & unlimited)
- burung unta (laluan A)
- pusat ekuin (kuda)
- rusa (laluan C)
- bamboo area
- padang golf
- hidden lake
- go cart
- puncak vista (laluan Maybank)
- pokok 3 beradik (laluan ke rumah canselori)
- tasik mas (ada itik, burung merak, banyak lagi)
- tasik guthrie (berkayak for free & tempat beriadah)
- monyet (banyak spesis & ada di mana-mana)




Persediaan + Inasis & Cafe

Assalammualaikum dan hai semua..  Di sini akak nak bagitau adik-adik tentang inasis & cafe yang wujud di UUM ni.. Ada 15 inapan siswa (inasis) semuanya.. dan korang akan tinggal dalam 1 bilik 2 orang.. It's not a homelike.. Roommate pun dah ditetapkan siap-siap..

# Sebelum tu akak nak share sikit untuk persediaan korang masuk sini..

Antara barang yang boleh, perlu, dan kalau nak bawa ialah iron, iron board, water heater, tikar, cadar (dah ada tapi lagi best kalau pakai sendiri punya hehe. mcm tu juga bantal), extension plug, selimut, alat mandi, dll.. Alat memasak tak boleh.. Kalau tak nak bawa semua barang tu dari rumah pun takpe.. korang boleh beli kat varsity mall UUM..

Pakaian untuk orientasi bawa kasut bertutup, pakaian sukan, seluar slack, baju melayu, baju kurung, tudung hitam & apa-apa lah yang patut.

Pakaian ke kelas pula asalkan kemas, sopan & tak seksi. Kasut pakai yang bertutup.. Warna baju & kasut tak kisah.. Lelaki wajib pakai tie dan tuck in baju kemeja.. Rambut tak boleh dye colour yg striking.. dan laptop perlu ada untuk memudahkan buat assignment.. For medical check up, tak perlu buat awal-awal sebab nanti korang buat di pusat kesihatan UUM.. Rasanya itu ja yang akak ingat nak share.. Yang terlupa tu maafkan.. 


# Ni antara inasis yang terdapat di UUM..


Laluan A
- tradewind (student master - mostly foreigner)
- proton
- tnb (asasi will be here)
- mas (all girl)

- maybank (mostly married student)

Laluan B
- tm
- bsn
- misc
- petronas
- sime darby
- grantt (dulu eon)

Laluan C (mostly student palapes & suksis)
- yab
- muamalat (all girl)

Laluan D (bukit kachi / luar uum)
- bank rakyat
- sme bank

Bas akan lalu mengikut laluan yg telah ditetapkan: bas A, bas AB, bas C, bas D, bas Maybank dan bas SOIS / E. Waktu student degree cuti bas takde.. Bas Changlun pergi-balik RM5.



Inasis korang - Tenaga Nasional Berhad



credit to goonman.blogspot.my
credit to alborzraya.com
credit to aunisalehan.blogspot.my
Decorating our own room  #2015




Senarai cafe yang ada di UUM

- cafe kita
- cafe merah
- cafe dkg 6
- cafe colgis / cengkih
- cafe lego / hijau kuning
- cafe lingua / puaka / hantu
- cafe pusat islam
- cafe alumni junction
- cafe setiap inasis
- food court dkg 4
- food court vmall


Cafe Kita

Red Cafe

Richiamo Coffee

   Manager's Coffee




Friday, April 14, 2017

Tips Interview Asasi Pengurusan UUM




Hai semua.. Memandangkan makin ramai yang tanya pasal interview asasi pengurusan ni, akak pun buatlah entry baru.. Harap entry ni dapat bantu adik-adik akak :)

Sekarang panggilan interview dah keluar kan.. Patutlah banyak email masuk minta tips interview itu ini.. Semua dah start nervous la tu.. hehe

Berdasarkan pengalaman akak, dulu akak interview secara call sebab tak dapat pergi UUM KL untuk temuduga dan jawab semua soalan dalam BM.. No face to face interaction so akak tak nervous sangat. Tapi kawan akak yang lain ada yang interview dalam BI.. Their experience pula, diorang interview dalam satu bilik 8 orang sekaligus (boleh jadi 5 - 10 orang) dan panel yang tanya soalan ada 4 orang. Jadi akak nak bagitau semua, ready je speaking siap-siap dari awal. Interview dalam BI tapi kalau panel tanya dalam BM, boleh ja nak jawab BM atau BI.. Soalan semua senang ja, inshaAllah kita dah tau jawapan dia, just nervous tu yang buat kita blank fikiran tak tahu nak cakap apa nanti..


Contoh soalan yang mungkin akan ditanya ialah:

1. Intro pasal diri sendiri like parents kerja apa, adik-beradik berapa, apa pencapaian tertinggi waktu sekolah, aktif kokurikulum apa, etc
2. Kenapa mohon asasi pengurusan UUM
3. Selain UUM, mohon uni apa lagi
4. Kenapa pilih UUM sebagai tempat untuk sambung study
5. Lepas habis asasi nak sambung course apa
6. Cita-cita nak jadi apa

Tips: Jawapan salah ke betul, panel tak kisah sangat. Yang penting adalah soft skill korang. Cara korang jawab soalan tu. Be profesional, jangan tergagap-gagap, ayat tersusun, tak kurang/banyak sangat bercakap, and be confident.

Itu ja akak dapat senaraikan sebab soalan lain adalah mengikut kehendak panel. Dia akan tanya apa sahaja soalan yang dia rasa nak tanya.. Maaf kalau soalan ni tak membantu sangat.. Ni ja akak dapat tolong adik-adik semua.. Akak doakan semoga semuanya berjaya dalam temuduga nanti.. Aminnn..

p/s: Pakaian semasa interview kenalah formal, nampak kemas, dan sopan.. Paling senang pakai baju kurung atau baju kemeja + blazer untuk perempuan. Kasut pakai yang bertutup ya (means flat shoes. takyah acah-acah pakai high heels).  Untuk lelaki, pakai baju lebih kurang macam dalam gambar atas ni dan bertali pinggang.. Tak tahu nak describe macam mana. hehe.. Tak pakai kot pun xpa.. No jeans, no thick makeup, no tshirt or tracksuit, and no seksi seksi. Bawa sekali sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang perlu.. Itu sahaja..


Good Luck uolls! (ง ͠° ͟ل͜ ͡°)ง