Friday, April 14, 2017

Tips Interview Asasi Pengurusan UUM




Hai semua.. Memandangkan makin ramai yang tanya pasal interview asasi pengurusan ni, akak pun buatlah entry baru.. Harap entry ni dapat bantu adik-adik akak :)

Sekarang panggilan interview dah keluar kan.. Patutlah banyak email masuk minta tips interview itu ini.. Semua dah start nervous la tu.. hehe

Berdasarkan pengalaman akak, dulu akak interview secara call sebab tak dapat pergi UUM KL untuk temuduga dan jawab semua soalan dalam BM.. No face to face interaction so akak tak nervous sangat. Tapi kawan akak yang lain ada yang interview dalam BI.. Their experience pula, diorang interview dalam satu bilik 8 orang sekaligus (boleh jadi 5 - 10 orang) dan panel yang tanya soalan ada 4 orang. Jadi akak nak bagitau semua, ready je speaking siap-siap dari awal. Interview dalam BI tapi kalau panel tanya dalam BM, boleh ja nak jawab BM atau BI.. Soalan semua senang ja, inshaAllah kita dah tau jawapan dia, just nervous tu yang buat kita blank fikiran tak tahu nak cakap apa nanti..


Contoh soalan yang mungkin akan ditanya ialah:

1. Intro pasal diri sendiri like parents kerja apa, adik-beradik berapa, apa pencapaian tertinggi waktu sekolah, aktif kokurikulum apa, etc
2. Kenapa mohon asasi pengurusan UUM
3. Selain UUM, mohon uni apa lagi
4. Kenapa pilih UUM sebagai tempat untuk sambung study
5. Lepas habis asasi nak sambung course apa
6. Cita-cita nak jadi apa

Tips: Jawapan salah ke betul, panel tak kisah sangat. Yang penting adalah soft skill korang. Cara korang jawab soalan tu. Be profesional, jangan tergagap-gagap, ayat tersusun, tak kurang/banyak sangat bercakap, and be confident.

Itu ja akak dapat senaraikan sebab soalan lain adalah mengikut kehendak panel. Dia akan tanya apa sahaja soalan yang dia rasa nak tanya.. Maaf kalau soalan ni tak membantu sangat.. Ni ja akak dapat tolong adik-adik semua.. Akak doakan semoga semuanya berjaya dalam temuduga nanti.. Aminnn..

p/s: Pakaian semasa interview kenalah formal, nampak kemas, dan sopan.. Paling senang pakai baju kurung atau baju kemeja + blazer untuk perempuan. Kasut pakai yang bertutup ya (means flat shoes. takyah acah-acah pakai high heels).  Untuk lelaki, pakai baju lebih kurang macam dalam gambar atas ni dan bertali pinggang.. Tak tahu nak describe macam mana. hehe.. Tak pakai kot pun xpa.. No jeans, no thick makeup, no tshirt or tracksuit, and no seksi seksi. Bawa sekali sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang perlu.. Itu sahaja..


Good Luck uolls! (ง ͠° ͟ل͜ ͡°)ง